KAMPUNG Bahagia seperti kampung-kampung setinggan yang lain sentiasa sibuk dengan kehidupan seharian. Penduduknya sibuk mencari rezeki. Pekerja-pekerja kilang sedang menunggu bas yang menjemput mereka. Di satu sudut, pekerja-pekerja sambilan sedang menunggu kontraktor-kontraktor kecil mengambil mereka untuk pergi bekerja di tapak pembinaan.

Cuaca agak sejuk pada pagi itu dan kabus juga agak tebal. Rumah- rumah yang berbagai bentuk di situ masih belum begitu jelas kelihatan. Mukmin dan Mustafa juga turut keluar dari rumahnya meredah cuaca pagi menuju haluan masing-masing.

Mukmin berjalan menuju ke sekolah. Dia berhenti sebentar di satu simpang untuk menunggu kawannya, Azli yang sering bersama- samanya. Rumah Azli terletak agak ke hujung sedikit di kampung itu.

Mustafa pula menuju perhentian bas. Sambil berjalan dia menoleh ke arah buruh binaan yang sedang menunggu. Dulu dia juga seperti mereka. Habis sahaja peperiksaan dia terus bekerja sebagai buruh binaan. Ayahnya melarang kerana tidak mahu anak-anaknya jadi buruh binaan. Tambahan pula berat kerjanya. Tetapi dia ingin terus bekerja asalkan mendapat rezeki yang halal.

Mustafa terus berjalan sambil tersenyum semasa bertegur sapa dengan orang yang ditemuinya. Dia ingin cepat sampai ke tempat kerjanya, sebuah padang letak kereta. Dulu semasa cuti sekolah, kerja ini pernah dilakukannya. Lumayan juga pendapatannya. Sebahagiannya dapatlah diberikan kepada ibunya untuk meringankan beban keluarga. Dapat juga dia menyimpan sedikit di Bank Simpanan Nasional.

Pagi itu Mustafa bekerja seperti biasa. Dua tiga orang kawannya juga telah mula menjalankan tugas walaupun kereta belum begitu banyak. Mustafa terus bertugas mengarahkan tuan punya sebuah kereta untuk meletakkan kereta mereka. Selalunya ketika tuan punya sesebuah kereta akan memberinya sedikit duit ketika akan keluar dari situ. Dia berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang diberi.

"Hei kamu! Jangan Curi! Kami polis!"

Tiba-tiba Mustafa terdengar satu suara yang parau dari belakangnya. Mustafa menoleh. Dilihatnya sebuah van polis tidak jauh dari situ. Dalam van tersebut ada beberapa orang pemuda. Dua tiga orang daripadanya dapat dikenalinya sebagai teman-teman jaga kereta sepertinya juga.

"Encik! Jangan tangkap saya, Encik! Saya ini nak cari makan saja! Saya tak mencuri, saya hanya jaga kereta saja!"

"Jangan banyak cakap, masuk saja dalam van!" arah seorang pegawai polis.

Mustafa tidak ada pilihan. Dia terpaksa patuh kepada arahan polis itu untuk masuk ke dalam van. Mustafa bingung. Dia mula berfikir:

Siapa yang akan menjamin aku nanti? Macam manalah mak ayah aku nanti? Kalau Mukmin kena tangkap macam ini, baru padan mukanya. "Nasib kbaik aku datang ke Kuala Lumpur ini dah besar sikit. Dah pandai berfikir. Kalau tidak entahlah," fikir Mustafa.

Kebetulan ketika itu, Mukmin dan Azli berada di sekitar kawasan itu. Mereka sedang ponteng sekolah. Mukmin memang suka bersiar-siar di pusat membeli belah. Dia yang memujuk Azli ponteng bersama- samanya.

"Hei Azli, tengok tu abang akulah. Kenapa dia kena tangkap?"

"Haah Min. Betul tu. Memang Abang Mus tu.!

"Kesian Abang Mus. Macam mana ni? Apa aku nak buat?"

"Cepatlah beritahu ayah kamu Min."

"Betul tu, tapi mana boleh li."

"Kenapa pula?"

"Kan kita ni ponteng, nanti tentu ayahku tahu. Matilah aku."

"Habis bagaimana?"

"Begini Li, tentu kamu boleh tolong."

"Bagaimana caranya?"

"Kamu tolong beritahu ayahku. Tentu dia percayakan kamu, sebab kamu sekolah di Kuala Lumpur. Kalau aku tentu dia soal aku. Di mana aku nampak."

"Kalau ayah kamu tanya aku?"

"Katakan kamu nampak semasa dalam bas."

Azli termenung sebentar kerana berasa serba salah. Dia takut dengan Mak Sapiah ibu Mukmin yang terkenal pemarah dan panas baran. Belum habis kita bercakap sudah disemburnya. Mengenangkan kebaikan Mustafa timbul rasa kasihannya.

"Abang Mus baik orangnya selalu mengajarnya membaca meminjamkan buku cerita," bisik Azli. Dia mengambil keputusan untuk memberitahu Pak Hamid dengan segera.

"Baiklah Min, aku akan beritahu ayah kamu. Kita balik sekarang."

"Baiklah Li, terima kasih. Kamu balik dulu jumpa ayahku." Kalau kita sama nanti ayahku syak pula."

Apabila Azli sampai di rumah Mustafa, dilihatnya Pak Hamid ada di rumah. Dia pun terus memberitahu:

"Pak cik, tadi semasa saya balik dari sekolah, saya nampak Abang Mus kena tangkap polis. Masa itu dia tengah jaga kereta."

Pak Hamid terperanjat kerana tidak menyangka hal seumpama itu akan terjadi.

"Kenapa?"

"Tak tahu, pak cik."

"Di mana engkau nampak Abang Mus, Li?"

"Di kawasan Benteng, pak cik."

"Oh, kalau begitu, agak-agaknya dia dibawa ke Balai Polis Dang Wangilah," kata Pak Pak Hamid seolah-olah bercakap sendirian.

"Entahlah pak cik, saya tak tahu pula," balas Azli.

"Tak apalah! Nanti aku pergi ke sana! kata Pak Hamid sambil mengambil kunci motor Honda C7O yang telah buruk itu. Dicapainya juga topi keledar dan terus menaiki motornya. Ketika itu mukmin pula pulang.

"Mukmin, kberitahu emak, kayah nak tengok Abang Long di Balai Polis Dang Wangi," arah Pak Hamid kepada Mukmin.

"Baiklah ayah," jawab Mukmin akur sambil tersenyum kepada Azli yang mahu pulang ke rumahnya.

"Mak, ayah nak ke balai polis. Abang Long kena tangkap!" kata

Mukmin memberitahu ibunya.

"Apa? Abang Long kena tangkap? Aku tak percaya! Sepatutnya engkau yang ditangkap. Jahat macam setan! Tak dengar kata! Tengok sekarang dah pukul berapa baru balik?"

"Alah! Inilah yang lecehnya! Diberitahu kita pula yang dimarahnya!" rungut Mukmin.

* * *

Di Balai Polis, Mustafa disoal siasat dengan teliti oleh Inspektor Zamani.

"Berapa lama awak jaga kereta cara haram lni?" tanyanya.

"Baru tuan, sejak lepas SPM. Saya rasa saya boleh lulus dengan baik, dan saya nak duit buat perbelanjaan STPM saya nanti."

"Tapi keputusan SPM belum diumumkan."

"Saya tahu tuan, tapi saya rasa saya boleh lulus ldengan baik. Jadi, saya lnak bersedialah. Nak buat kerja lain secara buruh kontrak, saya takut ayah saya marah. Ayah saya kata, biar dia saja jadi buruh kontrak. Anak-anak jangan ikut jejaknya. Dia mahu anak-anak kerja baik-baik. Tapi mana ada kerja buat masa ini. Saya terpaksa jadi jaga kereta."

"Kan awak tahu jaga kereta itu salah di sisi undang-undang, sebab ada syarikat yang dikhaskan untuk jaga kereta." "Saya tahu, tuan. Gajinya kecil. Nak minta kerja itu pun susah pula! Dah beberapa kali saya cuba minta tapi tak dapat. Jadi saya jaga sendiri. Wang pendapatannya hak saya. Kalau banyak dapat pada hari itu, banyaklah saya simpan. Saya miskin tuan, duduk di rumah setinggan," rayu Mustafa lagi.

"Tapi perbuatan awak itu masih lagi bersalah. Kalau awak nak gaji banyak tak payahlah jaga kereta. Awak jadi saja pengurus syarikat," perli Inspektor Zamani.

"Tuan," kata Mustafa dengan suara yang tersekat-sekat, `saya bukannya tak mahu kerja yang lain. Kerja jaga kereta juga halal di sisi Allah."

"Memang betul, tapi di sisi undang-undang negara?"

"Di bumi Allah ini, kita boleh usaha dengan cara apa sekali pun. Lagi pun saya tak mencuri. Saya pula pernah bantu pihak polis membongkar kes curi kereta yang berlaku di tempat saya jaga kereta itu. Saya yang buat laporan. Kalau tuan tak percaya tuan boleh tanya ASP Aziz di Balai Polis Petaling. Dah tertangkap pun pencuri-penmcuri kereta itu."

"Awak cakap betul ni?"

"Betul tuan," jawab Mustaffa dengan tegas.

"Baik, saya tanya sekarang," kata Inspektor Zamani sambil mendail nombor telefon Balai Polis Petaling.

"Hello, boleh saya bercakap dengan ASP Aziz?"

"Sebentar, tuan." Jawapan dari Balai Polis Petaling.

"Hello, ASP Aziz bercakap."

"Assalamualaikum, tuan. Saya Inspektor Zamani dari Balai Polis Dang Wangi."

"Ada apa, Inspektor?"

"Ini saya nak pastikan satu hal. Tadi, ada pihak kami buat tangkapan budak-budak jaga kereta di kawasan Benteng. Ada seorang budak bernama Mustaffa bin Hamid dari Kampung Bahagia tertangkap sama. Dari soal siasat saya, budak itu nampaknya baik. Dia ada beritahu saya, yang dia pernah bagi maklumat pada pihgak Balai Polis Petaling tentang kejadian curi kereta semasa dia menjaga kereta di kawasan Jalan Kelang Lama. Pencuri-pencuri kereta itu telah tertangkap. Benar tuan?"

"Nanti saya semak buku laporan, takut-takut salah orang pula," jawab ASLP Aziz sambil meminta fail laporan tersebut daripada pembantunya. Apabila dapat, dibelek-beleknya nama pelapor. Sambil mengangguk-angguk, dia mengangkat gagang telefon.

"Hello, memang betul tu."

"Terima kasih, tuan."

"Terima kasih kembali."

Sambil menoleh ke arah Mustafa, Inspektor Zamani berkata, "Nasib awak baik Mustafa, awak pernah bantu polis. Awak sepatutnya dapat hadiah."

"Terima kasih, tuan. Tapi tuan, boleh tak bantu saya untuk dapatkan pekerjaan?" tanya Mustafa pula.

"Tengoklah nanti, saya akan cuba tanya-tanyakan dengan kawan saya, pengurus syarikat jaga kereta itu."

"Terima kasih, tuan. Saya akan jumpa tuan lagi kemudian. Tapi bagaimana dengan saya ni, tuan? Bebas atau tidak?"

"Oh! ya, awak dibebaskan."

"Terima kasih, tuan."

Dengan tersenyum gerang Mustafa keluar dari bilik soal siasat itu. Mulalah dia teringatkan ayah, emak dan adik-adiknya. Kemudian dia berkira-kira sama ada hendak meneruskan kerja atau pulang sahaja ke rumah. Pada ketika itu dia terlihat ayahnya datang menuju ke arahnya.

"Eh ayah, macam mana ayah tahu Mus ada di sini?" tanya Mustafa sedikit gugup, sebaik-baik saja ayahnya sampai.

"Siapa tu? Jiran kita, Azli. Dia yang beri tau kamu ditangkap polis."

"Itu betul tapi saya dah bebas. Baik betul Inspektor Zamani itu. Dia percayakan Mus. Dia nak carikan kerja untuk Mus."

"Carikan kerja untuk kamu?" tanya ayahnya kehairanan."

"Ya, ayah!"

"Syukur Alhamdulillah. Terimalah apa kerja yang patut asalkan rezeki yang halal. Walaupun gajinya kecil."

Mereka meninggalkan balai polis dengan hati yang lega.

MUKMIN senang hati Mustafa sudah dibebaskan. Namun dia masih lagi berkelakuan seperti dulu iaitu ponteng sekolah. Walaupun pada tiap-tiap pagi dia keluar rumah lengkap berpakaian sekolah tetapi dia tidak sampai ke situ.

Pagi itu Mukmin ke sekolah tetapi pada fikirannya terbayang berbagai- bagai jenis permainan komputer baru di Pasar Raya Jaya. Tempat itu yang masih belum dikunjunginya. Tempat-tempat lain seperti Daya Bumi, Kompleks Pertama, Asia Jaya, Ampang Park, Yaohan, City Square dan Cambell sudah biasa baginya.

"Macam mana aku nak pergi Jaya? Aku tak ada duit!" fikirnya.

"Alah senang sajalah! Kawan-kawan hari ini nak bayar duit peperiksaan UPSR. Tentu ada yang simpan duit dalam beg," fikir Mukmin lagi.

Murid-murid darjah Mukmin sudah masuk ke ke kelas. Pelajaran pertama belum lagi bermula. Cikgu Faridah baru saja sampai. Mereka sudah mula mengadu:

"Cikgu! Saya hilang duit tiga ringgit," beritahu Hairani.

"Cikgu! Duit saya npun hilang!" Badrul Hisham pula menambah.

"Cikgu! Saya pun hilang duit," Kamil mencelah.

Keadaan kelas 6B itu masih kecoh lagi. Murid-murid sibuk meneliti beg masing-masing, takut-takut kalau ada barang yang hilang. Setelah diteliti ada enam orang murid yang hilang wang bayaran UPSR.

"Mukmin mana?" tanya Cikgu Faridah!

"Entahlah, cikgu. Tadi dia ada, ini dah tak ada."

"Agaknya dia pergi ke tandas," kata seorang murid.

"Baiklah," kata Cikgu Faridah. "Kamu duduk baik-baik, cikgu nak pergi laporkan kejadian kehilangan duit ini."

Sebelum melangkah pintu, Cikgu Faridah menoleh ke kelas semula lalu berkata:

"Hafiz! Awak perhatikan kelas. Senyap tau!"

"Baik, cikgu!" Hafiz menjawab menurut perintah.

* * *

Petang itu Mukmin balik ke rumah dengan perasaan gembira. Puas hatinya kerana dapat bermain pinball dan permainan komputer di Jaya. Setelah mencuri wang dalam kelas pagi tadi dia terus ponteng. Kini, duit yang tinggal sedikit saja lagi.

Dengan baki wang situ dia makan ayam goreng Kentucky. Apabila sampai di rumah, dilihatnya Zainul adiknya sudah balik dari kelas agama petang.

"Hah, Abang Min baru balik ya?" tanya Zainul.

"Apa engkau peduli! Suka hati akulah!" tingkah Mukmin.

"Nanti Ainul beritahu ayah dan mak, abang Min curi duit kawan di sekolah. Abang Min juga ponteng sekolah hari ini!" Zainul memberi amaran.

"Hei budak ini memandai-mandailah! Nanti Abang Min tempeleng baru tau!" balas Mukmin.

"Tempelenglah!" acah Zainul.

Mukmin meluru ke arah Zainul. Tangannya diangkat ke atas hendak menempeleng. Zainul segera brlari ke bilik kakaknya Amirah.

"Kakak, Kak Mira! Abang Min nak pukul Ainul," teriak Zainul.

"Min, apa nyang engkau kbuat?" jerkah Amira.

"Mana dia Ainul tu, geram Min?" jerkah Amira.

"Nantilah kau Min, mak dan ayah balik nanti. Kak Mira adukan yang Min jahat," gertak Amira.

"Adukanlah! Min tak takut," balas Mukmin.

"Nantilah," tambah Amira.

Amira meneruskan kerjanya, menjerang air panas. Teh O ayah mesti dibuat awal-awal. Ayah tidak suka teh panas-panas sangat. Kuih jemput-jemput bawang untuk adik-adik sudah Amira siapkan. Sementara menunggu air mendidih, Amira mahu menunaikan solat Asar.

"Kak Mira, sakit! Kak Mira! Tolong!"

Mira tersentak. Nasib baik sudah selesai sembahyangnya. Mendengar suara Zainul cemas, Amira terus ke dapur.

"Ya Allah! Ainul! Apa yang dah jadi ni?" tanya Mira cemas.

"Kak Mira, sakit! Kak Mira sakit!" Zainul menangis sekuat hatinya.

"Kenapa ni?" tanya Amira lagi.

"Air panas, kak! Tolong! Sakit!" jerit Zainul lagi. "Abang Min buat kak, Abang min buat!"

"Mukmin ni tak sudah-sudah menyusahkan orang saja," kata Amira dengan marah. "Tak berakal langsung. Adakah adik sendiri dikenakan air kpanas?"

Amira berlari ke bilik air untuk mengambil ubat gigi. Kemudian dia datang semula lalu menyapukan ubat gigi itu ke tempat yang terkena air panas tadi.

"Selain di tangan, ada tempat lain yang kena?" tanya Amira.

"Tak kak! Tangan saja yang kena!" beritahu Zainul.

"Mengapa Mukmin sampai marah begini?"

"Ainul kata Abang Min curi duit kawannya!" jawab Zainul.

"Apa? Mukmin curi duit?" tanya Amira terkejut.

"Ya kak ..." Zainul tidak menghabiskan kata-katanya kerana ketika itu ayah dan ibunya sampai.

"Mak, layah! Abang Min simbah air panas pada Ainul. Sakit mak! Sakit ayah!" kata Zainul sambil menangis nlagi.

"Ya Allah, kenapa jadi begini?" Pak Hamid dan Mak Piah berteriak.

"Mari ayah tengok tangan Ainul," kata Pak Hamid. Mulutnya mula berkumat-kamit membaca doa supaya kepanasan di tempat yang cedera itu segera menurun dan hilang.

Mak Sapiah yang penat kerana baru balik bekerja semakin hangat hatinya. Baru sebentar tadi dia dimarahi Pun Zarina kerana bajunya tidak licin digosok, timbul pula hal Mukmin yang tidak sudah-sudah mendatangkan masalah.

"Kau sapukan apa tadi Mira?" tanya Mak Sapiah.

"Sapukan ubat gigi, mak!" jawab Amira.

"Bolehlah tu!" tambah Mak Sapiah lagi, Mana Mukmin?"

"Entahlah mak, tadi lepas Ainul kena air panas dia cabut terus!" balas Amira.

"Bang! Tolong cari Mukmin tu, bang!" kata Mak Sapiah kepada suaminya.

"Sabar, Piah. Ainul dah kena air panas tu tak boleh nak buat apa lagi. Apa, awak nak pukul Mukmin pula?" tanya suaminya.

"Habis tu, budak jahat nak ditimang? dimanjakan?"

"Bukanlah macam tu. Mukmin tu dipukul pun tak guna, tak berkesan!" balas suaminya.

"Abang memang macam tu!" Selalu sebelahkan anak!" bentak Mak Sapiah.

"Saya bukanlah menyokong Mukmin, tapi kita kena ambil hati anak tu!" tambah suaminya.

Mak Sapiah meninggalkan suaminya. Pak Hamid duduk sendirian menghadapi minuman teh dan jemput-jemput bawang bersama Zainul. Mak Sapiah keluar untuk ke rumah Mak Cik Maznah. Dia tahu Mak Cik Maznah ada menyimpan ubat melecur yang diambilnya dari Universiti Hospital. Di anjung rumah Mak Cik Maznah dia nampak Mukmin sedang bermain carrom dengan Azli. Senyap-senyap Mak Sapiah datang dari belakang lalu dicekupnya tangan Mukmin, dipegang erat-erat. Mukmin terperanjat, tidak dapat lari lagi.

"Apa ni mak? Apa ni mak?" jerit Mukmin apabila dirasainya ntelinga, peha dan belakangnya dicubit oleh emaknya.

"Balik! Balik! Ikut mak!" ajak Mak Sapiah. Tangan Mukmin ditariknya dan Mukmin terpaksa mengikut.

"Bang! Bang! Mukmin dah saya bawa balik ni!" seru Mak Cik Sapiah.

"Mukmin, apa yang dah kamu buat pada adikmu?" tanya Pak Hamid.

"Tak ada apa-apa," jawab Mukmin selamba.

"Cuba lihat tu, tangan Ainul melecur!" kata Pak Hamid sambil mengangkat tangan Zainul.

"Alah sikit saja yang kena," jawab Mukmin selamba.

"Anak bertuah kau, Min," tangan Pak Hamid dinaikkan untuk menampar Mukmin tetapi tidak jadi.

"Adik kau kata kau curi duit kawan? Betul tak?" Tinggi suara Pak Hamid.

"Siapa kata!" Pandai-pandai!" tingkah Mukmin.

"Yah, dia bukan saja curi duit, tapi ponteng sekolah," tambah Zainul.

"Ponteng? Macam mana ponteng sekolah boleh curi duit?" tanya Pak Hamid kehairanan.

"Pagi tadi dia datang, masa rehat curi duit lepas itu ponteng sekolah!" jelas Ainul.

"Hei Mukmin! Hilang sabar aku!" kata Pak Hamid.

Mukmin diam sahaja. Tangannya dikepal-kepal lembut dan matanya bergerak-gerak macam hendak menyampaikan sesuatu pada adiknya. Zainul merapatkan badannya pada Pak Hamid mencari perlindungan.

Pang!!! Satu tamparan singgah di muka Mukmin. Pak Hamid terperanjat. Tangan isterinya lebih cepat. Dia hanya dapat menyuruh isterinya bersabar!

Kelakuan Mak Sapiah bagai orang gila. Tangannya cepat dan tangkas. Mencubit, menggetus kulit Mukmin di sana-sini.

"Dah cukuplah!" kata Pak Hamid menyebarkan isterinya.

Mukmin terjerit-jerit kesakitan.

"Lain kali jangan buat macam tu. Fikir dulu, tenangkan hati. Saya pun kalau ikutkan hati lebih teruk Mukmin saya kerjakan. Mencuri pantang datuk nenek saya. Tapi cubalah nasihatkan dulu," jelas Pak Hamid.

PETANG itu rumah Pak Hamid kelihatan sunyi. Mak Sapiah berada di dapur sedang mengisi ketupat. Dia sibuk menyediakan itu dan ini untuk menyambut Hari Raya Korban esoknya. Lepas satu, satu lagi diisinya ketupat dengan pulut yang telah dicuci bersih, kemudian ditoskan dalam tangguk besar.

Ketupat yang telah siap diisi tiga suku bahagian itu nanti akan direbut dengan santan hingga cukup masak. Zainul anaknya yang bongsu amat suka makan ketupat ini begitu sahaja tanpa sebarang lauk.

Ketika itu Amira balik dari sekolah. Dia terus ke bilik untuk menukar pakaian. Oleh kerana berasa letih dia terus berbaring di atas pangkin yang beralaskan tikar getah.

"Amira!" tiba-tiba suara ibu memeranjatkannya.

"Ya, mak."

"Mana Zainul?"

"Ada di depan tadi, dengan Izal."

Ibunya tidak menanya lagi, ketupat terus diisi satu persatu. Soal Zainul dilupakan seketika. Amira tahu benar sikap ibunya. Ibunya amat behati-hati dengan Zainul kerana dia naka. Dekat rumah mereka ada sebuah lombong yang besar. Itulah kebimbangan ibunya yang paling utama, takut kalau Zainul pergi ke sana.

Sudah tiga orang kanak-kanak mati lemas di lombong itu. Dia tidak mahu anak-anaknya jadi mangsa pula.

Amira dengan lemah mencapai tuala mandi lalu berjalan ke bilik air. Ketika lalu di dapur dia melihat ibunya sibuk.\

"Emak nak rebus sekarang?" tanya Amira.

"Cepat sikit mandi tu, boleh tolong emak perah santan!" Mak Sapiah menggesa anak perempuannya itu tanpa menjawab soalan anaknya.

"Mengapa Mukmin tak balik-balik lagi? Emak nak suruh ke kedai." Bersuara ibunya lagi. Dari dalam bilik air Amira menjawab:

"Mukmin ke rumah kawannya di Taman Cempaka."

"Kenapa tak beritahu mak?"

"Dia pesan pada Mira tadi," jawab Amira lagi.

Mak Sapiah pun mengemas ketupat yang sudah siap diisi dan dimasukkan ke dalam periuk besar. Kelapa yang hendak diperah diletakkan ke dalam besen. Sampah daun kelapa dimasukkan ke dalam karung plastik.

Amira telah ke bilik menunaikan solat zuhur. Ketika mengakhiri doa, ibunya muncul di muka pintu.

"Mira, tak nampak Zainul pun di depan?"

"Eh, tadi ada ... ke mana pulak dia pergi?" Suara Amira cemas.

"Cuba kau pergi tengok," potong ibunya.

Segera Amira menaggalkan telekung dan kainnya serta meluru ke depan. Amira nampak Mohd. Rizal berjalan seorang diri entah dari mana.

"Izal, Izal! Mana Zainul?" Amira segera bertanya. Akan tetapi Izal diam terkelip-kelip memandang Amira.

"Kenapa Izal? Mana Zainul?" Sambung Amira lagi.

"Zainul ikut abang tu ... dia ke kedai beli coklat."

"Abang mana?" tanya Amira sambil membongkok memegang bahu anak kecil rakan baik Zainul.

"Entah, Izal tak kenal. Abang yang dekat tiang letrik tu ..."

Amira tegak semula memandang ke tiang letrik di ktepi jalan yang menghala ke rumahnya. Amira memang nampak seorang pemuda berdiri di situ ketika balik dari sekolah tadi. Dia nampak biasa sahaja, rupanya seperti lorang berpelajaran dan tidak pun mengusik-usiknya. Biasanya budak-budak muda tidak lepas peluang untuk mengusik-usik gadis yang lalu-lalang di jalan raya. Sangka Amira tentulah dia salah seorang daripada saudara-mara orang Kampung Bahagia ini sendiri.

"Kenapa Izal tak ikut sama?" Mira terus menyoal Izal lagi.

"Emak kata kalau orang tak dikenal, jangan ikut ..."

"Izal tak kenallah orang itu?"

"Tak," jawabnya pendek dan melihat ke jalan kalau-kalau Zainul telah balik.

Amira berlari anak menuju ke kedai Abang Din, di tepi jalan raya berhampiran perhentian bas.

"Abang Din, Abang Din! Nampak tak Zainul?" Amira menanya dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Zainul?" Bukankah tadi dia dengan Mus naik bas?"

"Abang pergi kerja."

Dengan itu yakinlah Amira bahawa adiknya dibawa oleh pemuda tadi menaiki bas.

"Bas hala ke mana Bang Din?"

"Hala ke Kuala Lumpur."

"Betul, labang Din?"

"Betul! Abang ingat Abang Mus yang meimpin Zainul tadi."

Hati Amira dilanda resah, ibunya pasti memarahinya kerana tidak memerhatikan Zainul semasa bermain-main tadi. Dia sendiri pun tidak menyangka perkara ini akan berlaku.

"Izal pergi balik ya! Kak Mira dan mak cik nak cari Zainul," kata Amira kepada Rizal sambil memegang bahunya.

"Mira, cuba telefon ayah," kata ibunya lagi.

"Macam mana nak dapatkan ayah, dia kerja jauh dari pejabat."

"Cuba telefon pejabat binaan. Katakanl Mira nak cakap dengan ayah, ada hal mustahak. Pergi cepat."

"Mak Sapiah mengarahkan Amira dan kemudian cepat-cepat bersiap menukar pakaian dan mencapai tudung kepala. Dia menunggu kepulangan suaminya.

Sebentar kemudian Pak Hamid pun sampai dengan motosikal buruknya itu.

"Apa hal ni? Pasal Mukmin lagi?" tanyanya apabila dia nampak isterinya.

"Tidak, pasal Zainul pulak. Zainul dilarikan orang ...," jawab Mak Sapiah.

"Dilarikan orang?" Pak Hamid terperanjat. Fikirannya mula kalut.

Dalam keadaan seperti ini hanya pertolongan Allah sahaja yang dapat menyelesaikannya. Dunia ini luas, di mana hendak mencari anaknya itu kalau bukan pertolongan Tuhan? Dia cepat-cepat masuk ke dalam mengambil air sembahyang kemudian bersembahyang hajat.

"Baiklah, kita lapor pada polis dulu, kemudian kita pergi cari," kata Pak Hamid pada isterinya setelah selesai sembahyang.

* * *

Mustafa balik dari kerja dengan menaiki bas. Kebetulan Mukmin ada di dalam bas yang sama. Jadi, mereka sama-sama berjalan ke rumah. Mereka nampak rumah tertutup rapat. Apabila telah hampir ke halaman rumah barulah kelihatan pintu depan rumahnya terenggang sedikit. Rupanya Amira bersendirian di rumah.

"Apa hal ni Mira?" Pintu semua tertutup. Mak mana?" tanya Mustafa.

"Mira takut. Emak dan ayah pergi cari Zainul."

"Zainul hilangkah? Zainul ni selalu sahaja buat kes!" Mukmin pula bersuara.

"Apa kurangnya dengan kamu tu," kata Mustafa pula.

Mukmin lmemasamkan muka.

"Zainul ke mana?" ltanya Mustafa flagi.

"Dibawa oleh sleorang pemuda yang tak dikenali ..." jawab Amira.

"Kena colek," tanya Mustafa terkejut.

"Mana boleh? Kita bukan orang kaya," kata Mukmin pula.

Tetapi Mustafa teringat kawan-kawannya pernah bercerita tentang budak-budak yang dicolek dijual ke negara jiran atau dijadikan peminta sedekah.

"Kalau begitu abang pun nak pergi cari jugalah. Mukmin tinggal di rumah dengan Kak Mira. Tunggu rumah sehingga Hamdan dan Hidayah balik," kata Mustafa kepada adik-adiknya.

* * *

Pak Hamid yang sedang memandu motornya diam tidak bercakap langsung. Mak Sapiah yang selalunya becok mulut hari ini bibirnya bagaikan terkunci. Pak Hamid membelok menyusuri jalan-jalan besar dan kecil di setiap perhentian bas. Mata masing-masing tidak lepas dari memerhati kanak-kanak yang dibawa oleh sebarang orang.

Nampak sahaja imbas anaknya Pak Hamid berhenti lalu memerhati dengan teliti. Begitu jugalah Mak Sapiah selalu menyuruh Pak Hamid berhenti untuk melihat orang yang disangkanya sedang membawa anaknya.

"Piah rasa tak berapa bimbang. Rasa-rasanya Zainul tidak dibawak jauh," jawab Mak Sapiah.

"Abang pun rasa fbegitu ..."

"Sesiapa yang berniat jahat terhadap kita biarlah dibatalkannya sendiri," kata Mak Sapiah lagi.

"Mudah-mudahan doa kita makbul," balas Pak Hamid pula.

Zainul anak yang nakal dan dia merupakan anak yang paling kecil dalam keluarganya. Maka itu dia mendapat perhatian yang lebih. Kadang-kadang dia pandai mengusik abang dan kakaknya.

Wajah anaknya ini semakin jelas terbayang. Hatinya semakin sayu dan sebaik.

"Abang fikir elok kita balik saja," ajak Pak Hamid memecah kesunyian. "Maghrib dah hampir sangat. Kalau kita teruskan mencarinya abang rasa tak sedap hati. Kita balik dan ikhtiarkan cara lain."

Keputusan Pak Hamid tidak dihalang oleh Mak Sapiah. Biasanya dia membuat keputusan setelah berfikir apa yang lebih baik untuk dilakukannya.

Sesampai mereka di rumah keempat-empat anaknya bnerkejar ke depan.

"Bagaimana ayah?" tanya Amira dan yang lain menunggu jawapan.

"Belum jumpa lagi ... tak apalah ... sabar ... Insya- Allah tak apa-apa! Ayah nak sembahyang dulu.

Mak Sapiah duduk sebentar keletihan. Sementara itu anak-anaknya memandang muka ibunya kalau-kalau ada berita baik untuk didengar. Pak Hamid sudah berada di dalam bilik menunaikan fardhu Maghrib.

Ketika itu Mustafa pun sampai. Apabila dia melihat motor bapanya ada, dia berharap adiknya telah ditemui.

"Mira, adik dah balik?" Dari luar rumah dia telah bertanya.

"Belum." Dia mendengar entah suara siapa menjawab dari dalam.

Walaupun esok Hari Raya tetapi tiada suasana kesukaan di rumah itu kerana masing-masing dilanda duka. Keluarga Izal juga ada di situ tetapi tidak dapat menambah kemeriahan.

Dalam suasana muram itu tiba-tiba pintu depan diketuk orang.

"Ini rumah Encik Hamidkah?" Satu suara bertanfya dari luar.

"Ya," jawab Mustafa cepat.

Mustafa menerpa ke hadapan lalu membuka pintu, bersua dengan seorang anggota polis yang setengah umur memimpin Zainul. Mustafa tercengang sehingga orang itu memperkenalkan diri.

Saya polis, ini anak encikkah?"

"Tidak, ini aa ..."

"Ayah!" teriak Zainul apabila dia terpandang ayahnya yang baharu muncul dari dalam.

"Zainul! Syukurlah kau telah selamat, nak!" Pak Hamid memeluk Zainul.

"Kami jumpa dia di Restoran Kentucky. Pihak pengurus restoran itu menghubungi kami," kata polis itu lagi.

"Terima kasih, encik," kata Pak Hamid. "Saya terhutang budi pada pihak polis."

"Haa itu tugas kami. Bagaimanapun terima kasih Pak Hamid kami terima," kata polis itu.

"Tak naik ke rumah dulu. Kita minum sikit," pelawa Pak Hamid.

"Terima kasih sajalah. Saya dalam bertugas. Saya minta diri dulu."

Setelah polis itu beredar, baharulah suasana muram yang menyelubungi rumah Pak Hamid tadi bertukar menjadi riuh semula. Zainul dihadapkan dengan berbagai-bagai soalan tetapi dia tidak dapat menjawabnya kerana terlalu banyak soalan yang diterimanya. Dia terkaku.

"Syukurlah, Cik Sapiah, syukurlah," kata emak Izal yang sejak tadi diam sahaja. "Nampaknya dah selamat. Biarlah saya balik dulu."

"Baiklah, terima kasih kerana sudi bersama-sama kami," balas Mak Sapiah.

Setelah Izal dan emaknya pergi, Pak Hamid berkata, "Kita buat kenduri selamat untuk Zainul esok!"

Zainul pun mula mahu bercerita:

"Ainul ikut abang tu ... naik bas ... lepas tu ... naik bas lagi. Abang tu ambil beg duit orang ... dah tu ajak Ainul masuk jamban. Dia suruh Ainul duduk diam-diam masa dia ambil duit dalam beg. Sudah itu dia campakkan beg duit itu.

"Ainul ikut lagi dia naik bas. Bila turun dia suruh Ainul minta duit dengan orang. Ainul tak mahu. Dia marah dan pukul Ainul. Kemudian dia ajak ke kedai Kentucky. Tiba-tiba dia dah tak ada. Ainul takut dan menangis. Orang di kedai itu telefon polis."

"Jadi Ainul tak makanlah ayam Kentucky?" Mukmin mencelah.

"Tak, abang tu dah lari."

"Tak apalah, nanti fabang ;belanja Ainul makan sate," Mustafa memujuk adiknya.

"Saya bang, tak belanja?" tingkah Mukmin.

"Siapa yang nak belanja orang macam kamu. Nakal macam pelesit," jawab Mustafa. Mereka semua ketawa. Mukmin tersipu-sipu.

Suasana Kampung Bahagia menyambut Hari Raya Haji tidaklah begitu meriah. Sebilangan mereka telah pulang ke kampung dan banyak orang yang tidaktahu apa yang berlaku ke atas keluarga Pak Hamid.

"ASSALAMUALAIKUM cikgu," kata Pak Hamid ketika dia sampai di bilik guru besar sekolah anaknya Mukmin.

"Waalaikum salam. Apa khabar?"

"Khabar baik, cikgu."

"Sila duduk. Apa hal encik datang?"

"Ini, saya menerima surat dari pihak sekolah mengenai anak saya, Mukmin."

"Oh Mukmin! Jadi encik ni bapa Mukmin ya? Pak Hamid ya?"

"Begitulah, cikgu."

"Silakan duduk."

"Terima kasih."

Begini, Pak Hamid. Mukmin ni didapati nakal di sekolah. Banyak kesalahan kecil yang dilakukannya tapi kami masih dapat mengawalnya. Kebelakangan ini pula dia selalu tak datang sekolah. Sebab itulah saya panggil Pak Hamid ke sini."

"Tak datang sekolah? Tapi cikgu, setiap hari dia tak pernah tak pergi sekolah."

"Itulah, Pak Hamid. Memang kami dah syak sebab itu kami inginkan kepastian daripada Pak Hamid. Kawan-kawannya ada yang nampak dia menyimpang ke tempat lain."

"Astaghfirullah Mukmin! Mukmin!"

"Kami perlukan kerjasama Pak Hamid. Kita sama-sama cuba menolongnya. Saya tahu Mukmin ni pandai orangnya, tapi dia nakal sedikit. Pak Hamid cubalah nasihatkan dia. Ketatkan sedikit kawalan kepadanya."

"Saya kecewa, cikgu. Keceil lagi dah pandai ponteng," kata Pak Hamid meluahkan rasa kecewanya kepada guru besar yang sedia mendengar itu.

"Sabarlah, Pak Hamid. Insya-Allah dugaan ini akan kita hadapi dengan tabah. Sama-samalah kita membantunya."

"Terima kasih, cikgu. Saya balik dulu."

"Terima kasih kerana Pak Hamid sudi datang berjumpa saya."

"Saya balik dulu cikgu, Assalamualaikum."

"Waalaikum salam," balas cikgu besar.

Pak Hamid berjalan lemah. Hatinya sangat kecewa. Dia cuba sedaya upaya membanting tulang untuk menanggung anak-anaknya. Kini dia terpaksa pula berdepan dengan masalah ini. Hatinya agak geram. Perlahan-lahan dia mencapai topi keledarnya dan menghidupkan enjin motosikalnya lalu meninggalkan kawasan sekolah itu.

Lepas makan malam itu dia memanggil Mukmin.

"Ada apa, ayah?" tanya Mukmin.

"Duduk kejap, ayah nak cakap.."

"Min nak buat kerja sekolah ni!" Mukmin cuba berdalih, dalam hatinya sudah ada rancangan yang telah dialturnya.

"Duduk dulu," suara ayahnya semakin tegas. Mukmin tersentak sedikit. "Buat kerja sekolah? Selama ini kau pergi sekolahkah?"

"Eh, ayah ni, kenapa pulak? Kan tiap-tiap hari Min pergi sekolah."

"Oh, sekarang dah pandai menipu! Konon pergi sekolah tapi ke mana kau pergi?"

"Betul, yah. Min pergi sekolah!"

"Jangan bohong. Bohong itu berdosa. Ayah tak pernah mengajar anak- anak berbohong." Mukmin sedikit gentar.

"Min pergi cari duit. Ayah tak beri Min duit. Min pergi cari sendirilah!"

"Apa? Ayah tak beri kau duit?"

"Sedikit tak cukup. Kawan Min semua banyak duit. Min pergi cari sendiri."

"Apa kau buat Min? Sekecil kau apa yang kau buat untuk cari duit?"

"Min cari botok, jual. Ambil upah cuci gelas di warung."

"Apa Min? Kau tak mahu sekolah lagi? Kau tak ingat pelajaran kau? Ayah tak mahu Min jadi macam ayah, tak ada pelajaran. Susah!"

"Sebab ayah susahlah Min cari duit sendiri."

"Tapi pelajaran kau penting."

"Ah, Min tak mahu sekolah lagi. Ayah miskin tak sanggup nak sekolahkan Min."

Pak Hamid bangun, secepat kilat tangannya yang kuat itu menampar pipi Mukmin. Kesabarannya sudah hilang. Mukmin menangis dan cepat-cepat turun dari rumah. Ketika itu Mak Sapiah baru balik dari rumah jirannya.

"Kenapa ni bang?" tanya Mak Sapiah. Pak Hamid terdiam tidak menjawab soalan isterinya.

"Eh, bang. Orang bertanfya, tak menjawab pula."

"Anak awak, ponteng sekolah," katanya selamba.

"Betulkah? Entah-entah fitnah tak?"

"Aku dah jumpa guru besarnya!"

"Mana mUkmin tadi, biar saya belasah dia."

"Jangan, aku dah tampar dia tadi. Biarkan dia. Suruh Mustafa pergi cari dia."

"Cari di mana?"

"Entah, dia pergi selepas aku tampar tadi," kata Pak Hamid. Mak Sapiah termangu-mangu memandang suaminya. Jarang suaminya bersikap begitu.

Mask Sapiah heboh berleter dan mencari Mukmin ke sana ke sini, tetapi gagal untuk menemuinya. Malam semakin merangkak menambahkan lagi kecemasan hati Mak Sapiah. Ketika itu Mustafa balik. Dia nampak sugul. Pak Hamid dapat membaca ada sesuatu yang tidak kena dengan anaknya yang ini pula.

Mustafa terus berlalu ke biliknya untuk menukar pakaian. Kemudian datang semula menghampiri ayahnya.

"Ayah, saya minta maaf, ayah."

"Kenapa?"

"Ni, keputusan SPM saya ni, ayah."

"Ya Mus. Ayah hampir lupa."

"Saya hanya dapat grade 3 sahaja, ayah."

Pak Hamid terdiam. Air mukanya membayangkan kekecewaan.

"Apa nak buat, Mus. Itu dah takdir. Apa rancangan kau?" Akhirnya Pak Hamid bersuara lemah.

"Saya rasa nak belajar lagi, ayah."

"Baguslah kalau begitu."

"Abang Fauzi dulu pun dua kali ambil SPM ayah. Sekarang dah pun masuk Universiti."

"Ayah bangga Mus, jika kau mempunyai semangat begitu. Tengoklah keadaan kita ni. Ayah doakan kejayaan kau."

Terima kasih, ayah!"

"Bang Hamid, Min tak ada. Ke mana anak kita tu bang?" Suara Mak Sapiah meninggi. Mustafa tercengang.

"Kenapa dengan Mukmin, ayah?" tanya Mustafa.

"Ponteng," jawab ayahnya.

"Tadi ayah pergi jumpa guru besarnya."

"Apa puncanya?"

"Entah."

"M|ana Min sekarang ni?"

"Entah! Aku tampar dia tadi, dia lari."

"Biar saya cari dia, ayah. Saya tahu di mana dia bersembunyi."

Mustafa turun. Kisah keputusan peperiksaannya tinggal begitu sahaja. Kisah Mukmin pula yang gempar. Dia memang tahu di mana Mukmin berada. Memang Mukmin ada di tempat persembunyiannya, iaitu dalam pondok lama di belakang rumah.

"Min, kenapa duduk dalam gelap tu? Ayah dan mak cari kau."

"Biar Min tidur di sini. Biar Min mati. Tengok muka Min ni, bengkak ayah tampar."

"Min tahu kenapa ayah tampar Min?" tanya Mustafa.

"entah!"

"Jangan gitu, Min. Kesian mak dan ayah kita. Abang pun tak dapat menyenangkan hati mereka. Hari ini abang gagal peperiksaan. Jangan Min susahkan hatinya lagi."

"Biarlah."

"Min tentu tahu keluarga kita susah. Kita patut mengubah hidup kita, Min. Kita mesti belajar. Jangan ponteng, Min. Tengok abang ni, dah besar pun masih susah."

"Abang tu cakap saja. Abang sendiri?"

"Yalah abang pun nak belajar lagi, kita anak lelaki, kita mesti tabah dan sabar. Jangan Min susahkan hatinya lagi."

"Biarlah."

"Min tentu tahu keluarga kita susah. Kita patut mengubah hidup kita, Min. Kita mesti belajar. Jangan ponteng, Min. Tengok abang ni, dah besar pun masih susah."

"Abang tu cakap saja." Abang sendiri?"

"Yalah abang pun nak belajar lagi, kita anak lelaki, kita mesti tabah dan sabar. Jangan ikut hati."

"Tapi ayah tampar Min."

"Min yang salah. Abang dulu pun kena marah. Itu tandanya mereka sayangkan kita. Kalaun tidak mereka tak pedulikan kita. Dalam dunia ni Min, ada masa kita buat salah sebab kita manusia biasa. Tapi kita boleh perbaiki diri kita. Kita boleh minta ampun. Dahlah tu, mari kita balik, hari dah malam ni."

Mukmin turun dari pondok itu perlahan-lahan mengekori abangnya. Langkahnya lemah. Hilang segala sikap nakal dan bengisnya waktu itu. Jauh di sudut hatinya terasa yang dia bersalah. Samfpai di rumah Mukmin meluru kepada ayahnya.

"Ayah, maafkan Min, ayah. Min bersalah. Min tak mahu ponteng lagi!"

Pak Hamid menggosok-gosok kepala anaknya.

"Baguslah, Min dah sedar. Minlah harapan ayah. Min pandai tapi Min tak gunakan kebolehan yang Tuhan itu. Min gunakan pada jalan yang salah."

"Maafkan Min, ayah!"

"Baiklah Min, pergilah mandi. Kemudian kita sembahyang Isyak bersama-sama. Selepas itu kita makan. Ayah pun belum makan lagi."

"Baik, ayah."

Pak Hamid mengikuti langkah anaknya. Hatinya sebal tetapi dia memujuk hatinya sendiri. Sudah takdir dia terpaksa menghadapi dugaan Tuhan. Dia harus kuat dan tabah menghadapi dugaan ini. Dengan perasaan ini dia bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

PAK Hamid bekerja seperti biasa. Sambil itu dia membuat kerja sambilan dengan membantu jirannya di warung. Hatinya terguris mengenang akan kata-kata Mukmin yang mengatakan dia miskin dan tidak berdaya menanggung mereka. Hatinya sedih.

Lama kemudian baharulah hatinya tenang kerana Mukmin tidak ponteng lagi. Di rumah dia tidak lagi hilang ketika sembahyang berjemaah. Pak Hamid terasa lega. Dia tahu Mukmin baik otaknya tetapi nakal.

Mukmin juga cuba menjauhkan diri dari kawan-kawannya. Dia memang nakal. Walaupun dia masih kecil tetapi kawan-kawannya lebih besar daripadanya. Ada yang sudah bersekolah menengah dan ada juga budak nakal kutu jalan.

Seperti biasa pada tengah hari itu Mukmin berjalan pulang dari sekolahnya. Dia agak lambat sedikit kerana berjumpa gurunya mengenai pelajarannya yang banyak tertinggal. Sedang dia berjalan sendirian tiba-tiba belakangnya ditepuk orang.

"Hei kapten! Lama aku tak jumpa kau. Wah! Sekarang dah jadi baik ya? Kau takut ma ya? Takut bapak?"

"Dahlah, jangan kacau aku, Dol. Aku nak sekolah. Kau tak sekolah bolehlah!"

"Jangan cakap besarlah, Min. Apa sekolah? Sekolah pun tak ke mana. Tengok abang kau tu, sekolah pun jaga kereta juga."

"Dia lain, aku lain. Bapak aku dah tahu aku ponteng. Aku dah ditampar oleh bapak aku. Aku tak mahu dia marah akan aku lagi."

"Eh, jangan jadi bodohlah! Kau nak sekolah sangat tak jadi masalah. Kita rancang rancangan kita tengah hari ke, petang ke, ketika kau tak sekolah. Seronok tau!"

"Alah tak mahulah, Dol."

"Eh Min, kami semua tunggu kau, tahu. Mat, Awi, Lamin, Kutang dan Karim semua rindukan kaulah Min."

"Tak mau!"

"Eh Min, kau dah lupakah? Kan kita pernah seronok-seronok dulu. Duit banyak, boleh enjoy dan lepak-lepak. Tengok ni! Aku banyak duit. Marilah Min."

"Tak mahulah, aku nak balik. Nanti mak dan ayah aku bimbang pula."

"Tak apalah, Min. Besok kau jumpa kami. Kami ada rancangan istimewa. Kali ini kalau berjaya tentu banyak kita dapat. Boleh enjoy betul-betul. Kutang dah aturkan semuanya. Kau datang esok, ya. Kami tunggu di tempat biasa."

"Tak mahulah!"

"Jangan jadi penakutlah, gang kita mesti berani tau? Aku pergi dulu Min," Dol menepuk bahu Mukmin sambil berlalu.

Mukmin terdiam tidak menjawab. Dia terkenang akan kawan- kawannya itu. Mereka seronok dan gembira tetapi tidak menghiraukan hal pelajaran. Kerapkali ponteng sekolah.

Mukmin juga merasa terhina dengan cabaran Dol tadi yang mengatakan dia penakut. Dia masih ingat betapa hebatnya dia, kecil-kecil cili api. Siapa yang tidak kenal Mukmin di kalangan budak-budak kutu jalan? Sebab itulah dia dipanggil kapten oleh kumpulannya. Mukmin megah dengan panggilan itu. Menyenagkan hal ini, Mukmin tersenyum sendirian dan segera berlari pulang ke rumahnya.

Amira pulang dari sekolah lebih awal daripada biasa. Majlis penyampaian hadiah sekolahnya tamat pukul sebelas. Amira berjalan lemah. Dia kesal kerana tidak berjaya mendapat sebarang hadiah, walaupun dia teringin benar untuk mendapatkannya.

"Bukan rezeki aku agaknya. Tak apalah. Boleh cuba lagi," bisiknya dalam hati.

Eh apa ni, berjalan pun berangan-angan," tiba-tiba Amira terkejut mendengar suara itu dan bahunya ditepuk dari belakang. Dia menoleh dan nampak Siti Raihan kawannya tersenyum manis. Amira tidak begitu senang dengan telatah Siti Raihan yang lincah. Walau bagaimanapun antara mereka terjalin ikatan kemesraan.

"Mira, temankan aku ke kedai benang sekejap. Mak aku minta aku belikan benang kaitnya," kata Siti Raihan. Amira mengangguk. Mereka berjalan beriringan.

"Mira, lepas beli benang ni, kita pergi jalan-jalan nak? Kau ni asyik memerap aje di rumah. Kita ke Kuala Lumpur nak?" kata Siti Raihan memujuk Amira.

"Malaslah, aku nak balik ke rumah. Baring-baring, dengar lagu. Buat apa buang masa. Lagi pun mak aku tak beri aku keluar tak tentu hala," kata Amira menolak.

"Ala, boring aku dengan kau, Mira," kata Siti Raihan sambil mengeluh.

"Kalau boring, sudahlah. Aku nak balik cepat ni," gesa Amira separuh merajuk.

"Mira, marilah pergi," pujuk Siti Raihan dengan lembut.

"Kau nak ajak aku ke mana, Siti?"

"Kita pergi jalan-jalan."

"Aku bukannya ada duit," kata Amira memberi alasan tetapi keinginannya mula timbul.

"Soal duit kau jangan bimbang, Mirfa. Aku ada duit lebih ni. Aku belanja kau."

"Dengan pakaian sekolah begini?"

"Apa salahnya."

Amira kalah dengan pujukan kawannya. Dia terfikir juga apa salahnya kalau sekali-sekala keluar dengan kawannya. Siti gembira kerana amira setuju untuk keluar bersama-sama. Matahari semakin tinggi. Bahang panas semakin terasa. Mereka berjalan ke perhentian bas.

Sedang mereka berjalan, sebuah kereta berhenti betul-betul di sebelah mereka. Seorang daripada penumpangnya turun tergesa-gesa menghampiri mereka.

"Dik, boleh tumpang tanya?" Tanya orang itu. Amira dan Siti Raihan tidak menjawab cuma menganggukkan kepala sahaja.

"Mana Lorong Cempaka Lima?"

"Oh, sebelah sana," jawab Siti Raihan sambil menuding telunjuknya. "Encik boleh ikut Jalan Tanjung, belok ke kiri dan kemudian terus lagi. Nanti jumpa Jalan Cempaka kemudian Lorong Cempaka." Petah Siti Raihan menambah penjelasannya. Pemuda tersebut senyum sedikit. Kawannya di dalam kereta asyik memandang sahaja seperti tidak sabar menunggu.

"Saya tak biasa dengan jalan di sini, yang senangnya adik ikut kami naik kereta. Adik tunjukkan tempatnya. Nanti kami hantar adik balik ke sini semula. Boleh?"

"Tak boleh. Kami nak cepat," kata Amira menjawab cepat dan menarik tangan Siti Raihan. Siti Raihan tidak memperdulikannya.

"Sekejap saja dik. Tolonglah!" pujuk pemuda itu lagi.

"Jangan Siti, kita tak kenal dia."

"Tak apalah, Mira. Kasihan mereka."

"Marilah, nanti kami hantar semula adik ke sini."

"Mari, Mira!" Siti Raihan menarik tangan Amira. Mereka menuju ke kereta.

Perlahan-lahan kereta mereka bergerak tetapi Amira berasa hairan kerana pemandu kereta itu tidak pun menanyakan arah yang hendak diikut. Dia terus memandu keretanya arah ke lebuhraya.

Di kiri kanan jalan Amira nampak pelajar-pelajar sekolahnya fmasih ada yang fberjalan kaki hendak pulang ke rumah. Di luar nampaknya fpanas tetapi dalam kereta itu udaranya nyaman.

"Belok kiri!" pekik Siti Raihan tetapi tidak dihiraukan oleh pemandu kereta itu. Kereta bertambah laju dan terus meninggalkan Kampung Bahagia. Amira memandang Siti Raihan dengan cemas.

Amira mula teringat akan adiknya Zainul yang hilang dulu. Dia juga teringat akan ibunya. Dia rasa kesal kerana keluar tanpa izin ibunya. Alangkah susah hati ibunya jika terjadi apa-apa pada dirinya.

"Ya Allah! Mengapa aku naik kereta ni tadi?" katanyadengan kesal. Sesalnya tidak habis-habis.

Amira merasa bertambah takut apabila teringat tentang pencolekan gadis remaja yang dibacanya dalam suratkhabar. Dia berdoa janganlah dia pula ditimpa bala itu. Tangan kanannya memegang erat tangan kiri Siti Raihan. Siti Raihan juga turut berasa takut. Kini mereka betul- betul cemas. Peluh mula mercik walaupun kereta itu berhawa dingin.

"Encik, tolonglah! Encik nak bawa kami ke mana? Janganlah buat kami begini, encik!" Siti Raihan merayu.

"Encik tipu kami," kata Amira menambah.

"Diam! Jangan banyak cakap!" herdik salah sorang pemuda itu. "Kalau nak hidup jangan banyak celoteh!"

Amira dan Siti Raihan diam dalam ketakutan.

"Lindungilah kami, ya Allah!" bisik Amira dalam hati.

* * *

Tengah hari itu Mukmin pulang dari sekolah seperti biasa. Sepanjang hari di sekolah, dia tidak menumpukan perhatiannya kepada pelajarannya. Dia teringat akan Dol, Karim, Kutang dan kawan- kawannya yang lain. Dia terbayang bagaimana seronoknya bermain dan bersuka-suka.

Sambil berjalan dia menyepak-nyepak kertas yang dijumpainya di tengah jalan itu. Fikirannya juga bercelaru sama ada hendak mengikut kawan-kawannya atau tidak. Akhirnya dia mengambil keputusan tidak mahu mengikut mereka. Dia mahu jadi budak yang baik.

Tiba-tiba bahunya dipegang dan dia menoleh. Dol dan Karim yang datang.

"Hei kapten! Bagaimana janji semalam?" tanya Dol. "Dol, apa ni" Aku nak balik ni!"

"Alah, Min. Kami perlukan kaulah. Kalau tak ada kau, tak jadilah rancangan kami ni."

"Nanti bapak aku marah."

"Taklah, marilah Min."

Dol dan Karim menarik tangan Mukmin dan Mukmin bagai terkena pukau menurut sahaja kawannya itu. Dia tidak mampu membantah lagi. Mereka bergerak ke sebuah taman perumahan, mereka menunggu di satu tempat. Di situ sudah sedia Kutang. Mereka nampak seorang budak berbasika.. Mereka terus menanti, terus menunggu.

"Min, kau lihat tu, ada peluang tak? tanya Dol.

"Tengoklah, kalau dia masuk nanti kau bertindan dan pecutlah," jawab Karim.

"Baik."

Memang tekaan mereka tepat. Budak itu memberhentikan basikalnya dan masuk ke rumah. Ketika itu bagaikan kilat Karim mengambil basikal itu dan memecut dengan laju ke suatu arah. Mereka memerhati dari jauh apa yang berlaku di rumah itu.

Mukmin nampak budak itu keluar semula dan mencari-caribasikalnya. Kemudian dia berlari-lari masuk ke dalam lrumah. Ibu budak itu keluar lalu mencari-cari basikal itu tetapi kecewa. Kawan-kawan Mukmin ketawa sambil menutup mulut. Mukmin juga ketawa tetapi di dalam hatinya dia berasa kasihan kepada budak itu.

Mereka berjalan lagi untuk mencari peluang yang lain. Namun mereka tahu yang mereka sudah untung hari itu. Basikal itu akan dijual oleh boss mereka dan tentu mereka akan dapat habuannya nanti.

Tiba-tiba sebuah kereta lalu di sisi mereka dan hampir melanggar mereka. Kereta itu bergerak tidak tentu arah. Di tempat duduk belakang kelihatan dua orang gadis sedang bergelut dengan seorang lelaki. Mukmin tersentak. Kelihatannya salah seorang daripada gadis itu seakan-akan kakaknya. Dia tertanya-tanya kenapa dia berada dalam kereta itu? Kakaknya tidak pernah berjalan begitu.

Dia terus berjalan tetapi wajah gadis tadi masih terbayang dalam kepalanya. Dia tidak pasti adakah gadis itu Amira, kakaknya. Kalau benar gadis itu kakaknya apa yang akan terjadi? Fikirannya menjadi kacau. Dia segera berpatah balik dan melihat kereta itu menyimpang ke satu tempat. Dia terus berlari. Kawan-kawannya tercengang-cengang tapi mengikutnya juga. Mereka nampak kereta itu berhenti di sebuah rumah yang agak usang. Keliling rumah itu banyak pokok yang meredupkan kawasan.

Mukmin nampak kereta itu dipandu pergif selepas memasukkan dua orang gadis dan dua orang lelaki ke dalam rumah itu.

"Hei Min! Kita baliklah kalau macam ini. Kau nampak resah saja, kenapa?" tanya Dol.

"Kau nampak kereta tadi tak? Aku bimfbang kalau-kalau gadis itu kakak aku."

"Eh! Kenapa pulak?"

"Macam rupa kakak akulah!"

"Kalau begitu mari kita tengok. Kalau mereka dalam bahaya kita tolong," kata Dol.

"Baik hati kau, Dol. Kita bergerak sekarang."

Mereka bergerak perlahan-lahan menuju ke rumah itu. Dengan berlindung di sebalik pokok-pokok yang merimbun, Mukmin mengintip di celah jendela. Hatinya berdebar kencang.

"Dol, betul Dol! Kakak aku."

"Apa yang terjadi?"

"Mdreka terikat dalam bilik tu."

"Habis, macam mana ni?"

Mukmin terdiam seketika. Sudah pasti kedua-dua orang pemuda itu orang jahat. Bagaimana hendak menyelamatkan kakaknya?

"Kita kena tarik perhatian orang itu supaya keluar. Bila dia keluar kau pukul dengan kayu ini. Aku cuba buka tingkap bilik ini," kata Mukmin.

"Aku ada mercun boleh kita gunakan. Lepas itu kau selamatkan kakak kau." Kata Kutang. Mereka bergerak menjalanfkan rancangan masing- masing.

Kutang membakar mercunnya Bunyinya kuat. Kedua-dua orang lelaki dalam rumah itu terperanjat dan meluru keluar. Dol dan Kutang fyang sedang menunggu dengan kayu beluti terus memukul kedua-dua orang itu. Mereka tersungkur ke tanah.

Mukmin cepat-cepat masuk ke rumah itu.

"Kenapa! Kenapa ni Kakak?"

"Buka ikatan ni dulu."

"Ya, kita kena cepat sebelum kawan mereka tadi balik semula ke sini."

Mereka berlari cepat keluar dari situ. Mukmin menarik tangan kakaknya dan Dol pula menarik tangan Siti Raihan. Kutang mengikut dari belakang.

Agak jauh dari rumah itu mereka berhenti. Mereka hendak melepaskan mengah. Mukmin memperkenalkan Dol dan Kutang kepada kakaknya dan Siti Raihan.

"Terima kasih kerana menyelamatkan kami," kata Amira.

"Saya juga ucapkan terima kasih," kata Siti Raihan pula. "Saya minta maaf pada Amira kerana menyebabkan hal ini berlaku."

"Ini satu pengajaran," balas Amira balik. "Jangan mudah percaya kepada orang yang tidak dikenali."

PAK Hamid sekeluarga sedang menghadapi hidangan makan malam. Masak asam pedas ikan pari amat menyelerakan keluarganya kecuali Hamdan.

"Lauk tak sedap. Tak mahu makanlah," kata Hamdan menolak pinggannya sambil bangun selepas membasuh tangan.

"Hamdan, duduk dulu!" kata Pak Hamid tegas. Hamdan tidak jadi bergerak lalu duduk semula. Semua mata tertumpu kepadanya.

"Di hadapan kita ni rezeki yang diberi oleh Tuhan. Tak baik kita tolak begitu. Kita ada juga rezeki nak makan. Ada orang yang langsung tak ada rezeki nak dimakan. Kita patut bersyukur dengan rezeki kita ni. Hah! Duduk makan apa yang ada. Jangan biasakan tabiat begitu," kata Pak Hamid lagi. Hamdan diam dan menyuap nasi dengan perlahan- lahan.

"Kalau tak bersyukur apa yang ada, kau akan merasa tak makan nanti," balas ibunya pula.

"Saya tak buat lagi, mak," kata Hamdan lembut. Mereka terus menikmati rezeki itu.

"Ayah, Min nak ke rumah Pak Ngah di kampung cuti penggal ini. Boleh tak ayah?" tanya Mukmin mengubah suasana.

"Saya nak ikut juga," kata Hidayah dan Hamdan bagai serentak. Pak Hamid tidak terus menjawab. Dia hanya diam sahaja.

"Nak pergi dengan siapa?" tanya Mak Sapiah.

"Dengan ayah," jawab Mukmin.

"Susahlah kalau ayah cuti selalu," balas Pak Hamid pula.

"Mak tak boleh tinggalkan rumah, Mira nak periksa," kata Mak Sapiah lagi.

"Kami nak ikut Abang Fauzi yang nak balik. Mak dan ayah tak payah pergi," kata Mukmin separuh merayu.

"Abang Fauzi cuti mak. Dia nak balik dengan bas. Kami boleh ikut naik bas. Tentu seronok," kata Hamdan pula.

Pak Hamid teringat anak saudaranya Fauzi yang sedang belajar di Universiti Islam Antarabangsa. Fauzi anak Abang Ibrahim seorang anak kampung yang gigih dan bercita-cita tinggi. Walaupun Fauzi bersekolah di sekolah kampung yang serba kekurangan, tetapi berjaya mencapai kelulusan yang cemerlang sehingga ditawarkan biasiswa oleh kerajaan dalam bidang Ekonomi.

Ini mengingatkan dia kepada anak-anaknya, bagaimana pula nasib mereka. Dapatkah mereka menjejak menara gading? Berjayakah mereka menjadi anak watan yang berguna kepada agama dan bangsa?

"Ya Allah, jadikanlah mereka hamba yang soleh dan menerima nasib lebih baik daripadaku," doa Pak Hamid dalam hati.

"Ayah, boleh tak kami pergi?" Mukmin bersuara lagi apabila melihat ayahnya masih diam.

"Ayah tak halang kamu nak balik kampung, tetapi ayah nak betulkan atap rumah ni. Lagipun kamu ni nakal sangat, Min! Nanti macam- macam hal kamu buat di sana, menyusahkan Pak Ngah kau saja!"

"Mukmin janji tak buat apa-apa, ayah." kata Mukmin separuh merayu.

"Kami boleh tolong Pak Ngah dan Mak Ngah kerja," celah Hidayah.

"Abang Fauzi juga janji nak bayar tambang. Abang Mus pula nak bagi duit belanja. Bolehlah ayah!" Mukmin terus mendesak ayahnya. Nampak benar kesungguhannya. Mendengar anak-anaknyaitu Pak Hamid matiakal. Dia memandang isterinya.

"Apa kata awak?" tanyanya kepada Mak Sapiah.

"Saya tak kisah, bang, asalkan mereka dapat menjaga diri. Boleh juga mereka belajar dengan Pak Ngahnya tu," jawab Mak Sapiah.

Mukmin, Hamdan dan Hidayah tersenyum-senyum, berpandangan sesama sendiri. Mereka sangat gembira kerana hasrat meeka dipersetujui oleh emak dan ayah mereka.

Zainul yang sejak dari tadi mendengar perbualan itu teringin mengikut abang dan kakaknya pulang ke kampung.

"Zainul pun nak ikut abang dan kakak ke rumah Pak Ngah," katanya.

Sebelum Mak Sapiah menjawab, Pak Hamid cepat-cepat berkata, "Tak boleh Zainul, kan kau masih kecil, tak boleh jaga diri."

"Nanti bila ayah ada duit kita akan balik ramai-ramai," Mak Sapiah menyampuk.

Masa yang ditunggu-tunggu oleh ketiga-tiga beradik itu pun tiba. Mereka bertolak bersama Fauzi anak Pak Ngah Ibrahim. Mereka menaiki bas ekspress ke Kelantan.

"Pukul berapa kita akan sampai, bang?" Mukmin bertanya semasa bas mula bergerak.

"Insya-Allah, pagi besok sampai," jawab Fauzi.

Mereka akan sampai ke Kota Baharu lebih kurang pukul enam pagi. Kemudian mereka akan menaiki kereta sewa ke Kuala Krai. Dari Kuala Krai mereka akan menaiki motor bot ke Kampung Ulu Bemban.

"Berapa jauh Ulu Bemban dari Kuala Krai?" tanya Mukmin.

"Lebih kurang sepuluh kilometer," jawab Fauzi.

Pukul dua belas keesokannya mereka pun sampai di pengkalan Ulu Bemban. Hidayah dan Mukmin tidak sabar-sabar hendak memanjat anak-anakf tangga tebing itu.

"Jangan gopoh-gopoh sangat, tunggu dulu! Kamu bukan biasa sangat di sini," beritahu Fauzi.

Dari jauh nampak Mak Limah ibu Fauzi berdiri di muka pintu dengan tersenyum lebar menyambut kedatangan anaknya dan anak-anak saudaranya. Di sebelahnya berdiri Jamilah anak perempuan tunggalnya.

"Kenapa mak dan ayah tidak datang?" tanya Mak Limah sesampai sahaja budak-budak itu ke anak tangga.

"Mereka tak boleh tinggal rumah. Mereka kirim salam sahaja," jelas Hidayah.

Masa yang ditunggu-tunggu oleh ketiga-tiga beradik itu pun tiba. Mereka bertolak bersama Fauzi anak Pak Ngah Ibrahim. Mereka menaiki bas ekspress ke Kelantan.

"Pukul berapa kita akan sampai, bang?" Mukmin bertanya semasa bas mula bergerak.

"Insya-Allah, pagi besok sampai," bang?" jawab Fauzi.

Mereka akan sampai ke Kota Bharu lebih kurang pukul enam pagi. Kemudian mereka akan menaiki kereta sewa ke Kuala Krai. Dari Kuala Krai mereka akan menaiki motor bot ke Kampung Ulu Bemban.

"Berapa jauh Ulu Bemban dari Kuala Krai?" tanya Mukmin.

"Lebih kurang sepuluh kilometer," jawab Fauzi.

Pukul dua belas keesokannya mereka pun sampai di pengkalan Ulu Bemban. Hidayah dan Mukmin tidak sabar-sabar hendak memanjat anak-anak tangga tebing itu.

"Jangan gopoh-gopoh sangat, tunggu dulu! Kamu bukan biasa sangat di sini," beritahu Fauzi.

Dari jauh nampak Mak Limah ibu Fauzi berdiri di muka pintu dengan tersenyum lebar menyambut kedatangan anaknya dan anak-anak saudaranya. Di sebelahnya berdiri Jamilah anak perempuan tunggalnya.

"Kenapa mak dan ayah tidak datang?" tanya Mak Limah sesampai sahaja budak-budak itu ke anak tangga.

"Mereka tak boleh tinggal rumah. Mereka kirim salah sahaja," jelas Hidayah.

"Waalaikumussalam, kenapa sampai tak boleh tinggal rumah untuk menziarah kampung?" tanya Mak Limah lagi.

"Rumah Pak Uda Hamid dilanda ribut minggu lalu, atapnya rosak, mereka nak baiki rumah dulu," jelas Fauzi kepada emaknya.

"Oh begitu!"

Ketiga-tiga beradik itu bersalam dan mengucup tangan Mak Limah dengan hormat.

"Sudah besar-besar rupanya kamu semua," ujar Mak Limah sambil mendakap Hidayah erat-erat dengan tangan kanannya. Hidayah menghulurkan beg pelastik yang berisi oleh-oleh kiriman ibunya.

"Terima kasih, syukur Alhamdulillah," ujar Mak Limah. Mak Limah terkenang kepada adiknya Hamid yang sejak kematian ibu mereka tiga tahun yang lepas jarang sekali menjenguk ke kampung. Kalau tidak, sekali setahun sampai juga mereka. Nasib baiklah Fauzi yang berulang- alik ke Kuala Lumpur dapat merapatkan silaturrahim di antara kedua- dua keluarga itu. Dia bersyukur kerana anaknya boleh diharap dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan mereka.

Jamilah anak Mak Limah tersenyum lebar menyambut kedatangan sepupu-sepupunya dari Kuala Lumpur.

"Rehatlah dulu, mandi dan tukar pakaian, kemudian kita makan sama- sama," ujar Mak Limah kepada anak-anak itu.

"Baik, Mak Ngah," jawab mereka.

"Mana Pak Ngah Hem dan Fadzil?" tanya Mukmin pada Mak Limah.

"Masih di kebun agaknya. Sekejap lagi pulanglah mereka untuk makan tengah hari," jawab Mak Limah.

Ketiga-tiga beradik ini tidak sabar-sabar untuk bersiar-siar di sekitar kampung. Sudah lama mereka tidak balik. Mereka ingin mandi sungai, menangkap rama-rama, memancing ikan dan memikat burung.

Esoknya ketiga-tiga beradik itu mengikut Pak Ibrahim dan Mak Limah ke sawah. Ketika itu padi sedang menguning, menunggu masa untuk diketam.

` "Kuning macam emas! Cantik ya padi ni," ujar Hidayah keseronokan.

"Boleh tak dipetik, Mak Ngah?"

"Belum betul-betul masak. Kalau nak ambil setangkai dua bolehlah, tapi yang ini kepunyaan orang, tunggu kita sampai ke sawah kita," jawab Mak Limah.

Mereka berjalan di atas batas menuju ke sawah Pak Ibrahim. Sekali sekala Hidayah turun mengharung air dalam sawah. Seronok nampaknya dia mengharung air itu. Tiba-tiba Hidayah menjerit:

"Apa ni? Apa ni? Tolong! Tolong!"

Pak Ibrahim dan Mak Limah bergegas ke arahnya. Rupa-rupanya seekor lintah melekat di betis Hidayah. Jamilah yang dekat dengan Hidayah terus mencabut dengan kuat lintah yang melekat di betis Hidayah itu dan mencampakkan semula ke dalam sawah.

"Kenapa kamu turun ke air, di situ banyak lintah!" beritahu Mak Limah kepada mereka.

"Hidayah tak tahu Mak Ngah, Hidayah ingat seperti parit di depan rumah saja!"

"Jangan risau, lintah tidak bahaya," ujar Mak Limah.

Mukmin terpegun melihat keberanian Jamilah anak kecil berumur lapan tahun membuang lintah dengan cekap. Mereka biasa berhadapan dengan keadaan seperti ini. Mereka tentu cekal hati, berani dan sabar, bisik hati kecilnya.

Entah mengapa sejak berada di sini hati kecilnya sentiasa diusik oleh perasaan halus. Dia sungguh mengkagumi keindahan alam di sekitarnya. Anginnya yang lembut, nyaman dan bersih. Padi yang meliuk-lentuk saujana mata memandang. Semua keindahan ini adalah ciptaan Tuhan.

"Sudah sampai ke mana, Mukmin?" tanya Mak Ngah Limah sambil menghulurkan sepotong ubi rebus kepadanya. Masa itu mereka sedang berehat-rehat di pinggir sawah.

"Tidak ke mana-mana, Mak Ngah. Cuma mengingat kesibukan Kuala Lumpur dan keterangan di sini," kata Mukmin.

"Kau bosan di Kuala Lumpur?"

"Tidaklah juga, tapi kadang-kadang telinga saya pekak dengan bunyi enjin kenderaan. Di sini tenang dan damai."

"Sedapnya makan di tepi sawah," ujar Hamdan sambil mengambil seketul lagi ubi.

"Itulah nikmat Tuhan," celah Mak Limah.

"Sedap dan lazat bukanlah pada rasanya sangat, tapi pada perasaan kita. Kalau kita gembira atau senang hati, makan nasi dengan ikan kering pun sedap. Tapi kalau susah hati makanlah dengan ayam panggang sekalipun tak juga rasa sedap," ujar Pak Ibrahim sambil ketawa besar.

Pada saya lebih sedap ayam panggang dari ikan kering," kata Mukmin secara berseloroh. Mereka semua ketawa riang.

Sejak Mukmin berkunjung ke kampung dan bermesra dengan keluarga Pak Ibrahim, hati kecilnya selalu terusik dengan kegigihan dan cabaran hidup yang dihadapi loleh Pak Ngahnya itu. Dilihatnya Jamilah, Fauzi dan Fadzil rajin menolong keluarganya. Dibandingkan dengan dirinya yang sering menyusahkan keluarganya, dia terasa malu.

"Begitu banyak dosaku terhadap keluarga dan guruku!" keluh hati kecilnya. Betapa ayahku yang pelembut dan penyanyang itu tergamak menampak pipiku hingga lebam? Tentu perbuatanku sangat menyakitkan hatinya. Mereka yang banyak berkorban untukku, tak kenal penat lelah," bisik hati kecilnya.

SEMINGGU lamanya anak-anak Pak Hamid berada di kampung. Mereka sangat gembira dengan cara kehidupan di situ. Pagi-pagi lagi mereka sudah bangun untuk solat Subuh berjemaah di surau yang jaraknya 60 meter sahaja dari rumah. Selalunya mereka terjaga oleh kokokan Jalak, ayam jantan Pak Ngah.

Selepas sarapan pagi mereka akan menolong Pak Ngah dan Mak Ngah membuat kerja. Pak Ngah pergi menoreh getah. Pada pukul sepuluh Mak Ngah akan menolong mengangkat susu getah. Sebelah petangnya Pak Ngah dan Mak Ngah akan ke sawah atau ke kebun.

Kerja-kerja ini dibantu juga oleh anak-anak mereka. "Bila Fauzi balik, rehatlah sedikit Mak Ngah," kata Mak Ngah Limah.

Fauzi bukan sahaja seorang pelajar yang gigih dan pintar bahkan juga seorang yang rengan tulang. Dia memang ramai kenalan dan di mana sahaja dia pergi, ada sahaja orang yang kenal padanya.

Pada hari itu mereka membuat rancangan hendak memancing. Mukmin awal-awal lagi menyatakan persetujuannya untuk mengikut.

"Hidayah pun nak ikut sama," kata Hidayah pula.

"Tempat itu jauh. Kami akan naik perahu, orang laki-laki saja yang boleh pergi," jelas Fauzi.

"Kita tak payah ikutlah! Mari ikut mak mengait ciku di kebun," kata Jamilah mengajak Hidayah. Hidayah bersetuju.

Fauzi, Fadzil, Mukmin, Hamdan dan dua orang lagi kawan Fadzil bertolak dengan sebuah perahu menujuke Lubuk Bemban. Mukmin duduk di perut perahu, manakala Fauzi di belakang selaku jurumudi.

Fauzi berdayung terus, dikiri kanan tebing kelihatan pokok-pokok kayu yang besar dan rimbun. Amat redup sekali keadaan di situ. Kadang- kadang cetek air anak sungai itu dan kadang-kadang pula dalam.

"Banyaknya ikan di sungai ni ya, bang!" kata Hamdan apabila melihat ikan-ikan berlarian berhampiran perahu.

"Di lubuk nanti lagi banyak yang akan kau lihat," jawab Fauzi.

Lebih kurang setengah jam berkayuh mereka sampailah ke tempat yang dituju. Kawasan itu agak lapang. Di tepi tebingnya ada pokok yang besar-besar, tidak jauh dari situ ada kebun pisang dan ubi.

"Kita berhenti di sini," jelas Fauzi sambil merapatkan perahu ke tebing.

Mukmin melihat-lihat ke kawasan sekitarnya.

"Airnya cetekkah bang?" tanya kepada Fauzi.

"Di sebelah ini cetek, tapi di sebelah sana agak dalam juga," kata Fauzi sambil menuding jarinya ke arah sebuah lubuk.

Mukmin memerhati lubuk itu, luasnya lebih kurang tiga ganda dari luas sungai tempat mereka berhenti. Airnya nampai kehitam-hitaman.

"Boleh kami mandi bang?" tanya Hamdan.

"Boleh, tapi hati-hati, kamu belum pandai berenang," jawab Fauzi. "Abang nak menjala di lubuk tu, mandilah dahulu."

"Mukmin nak ikut abang menjala ikan dulu, kemudian baru mandi!"

"Baiklah," jawab Fauzi.

Mukmin, Fadzil dan Fauzi mengangkat jala dari dalam perahu. Mereka akan menjala di lubuk. Manakala Hamdan dan dua orang lagi kawan Fadzil, iaitu Karim dan Yusoff menanggalkan pakaian dan mandi di anak sungai itu.

"Pandai abang menjala," kata Mukmin apabila dilihatnya Fauzi menebarkan jalannya.

"Bolehlah, kerana dah biasa," jawab Fauzi sambil menarik jalannya perlahan-lahan. Beberapa ekor ikan terperangkap dalam jala itu.

"Ikan apa ni, bang?" tanya Mukmin.

"Ikan kerai dan yang kecil ini ikan lampam," jelas Fauzi.

Mukmin amat gembira melihat ikan-ikan itu. Dia bersama-sama Fadzil mengutip ikan-ikan itu dan meletakkannya ke dalam bakul. Setiap jala ditarik setiap kali. Itulah dia berbuat demikian. Bermacam-macam jenis ikan, ada ikan baung, bujuk, ara, belida dan lain-lain.

Setelah penat menolong Abang Fauzi menjala, Mukmin dan Fadzil pun mandi bersama-sama kawan yang lain. Mereka rasa sangat seronok mandi di situ. Airnya jernih tidak kotor dan terasa sejuk. Ketiga-tiga anak kampung itu pandai berenang tetapi Mukmin dan Hamdan tidak pandai.

Di tempat mereka mandi-manda itu tidak dalam, pasirnya nampak putih berbalam-balam. Setelah puas mandi Hamdan naik ke tebing untuk menolong Abang Fauzi menyalakan api untuk membakar ikan.

"Mari kita ke tebing sebelah sana," ujar Karim kepada kawan- kawannya.

"Di tebing sana banyak pucuk paku, kita boleh kutip dan bawa balik."

"Bagus juga," jawab Fadzil.

Mereka pun menyeberang sungai mengikut kawasan yang nampaknya lebih cetek. Di tempat itu pasirnya kelihatan putih. Luas sungai itu lebih kurang enam puluh meter.

Mukmin mengikuti mereka dari belakang dalam jarak dua meter. Mukmin agak lambat kerana tidak biasa mengharung air. Tiba-tiba Mukmin melihat air di depannya berkocak dan berpusar-pusar menjadi satu bulatan. Buih-buih kuning keluar berbuak-buak. Mukkmin terasa pasir yang dipijaknya terjerlus ke bawah.

"Tolong! Tolong! Tolong!" teriak Mukmin.

Sambil menjerit sambil cuba melepaskan dirinya dari tempat itu. Badannya terasa disedut ke dalam air. Beberapa teguk air telah masuk ke dalam rongganya. Badannya berpusing-pusing dibawa arus air.

"Tolong! Tolong!" teriak Mukmin lagi.

Abang Fauzi yang berada di tebing terdengar jeritan Mukmin. Dia mencapai sepotong kayu yang kebetulan ada di situ. Dia melompat ke dalam air dan menghulurkan kayu itu kepada Mukmin. Mukmin cepat- cepat memegangnya. Abang Fauzi, Fadzil dan Yusof menarik Mukmin. Mukmin dipapah ke tebing. Keadaannya separuh sedar.

PERJALANAN balik terasa lama. Mukmin sudah letih. Dalam perjalanan itu dia hanya tidur. Dia berharap, apabila terjaga nanti sudah sampai di rumah.

Kadang-kadang semasa tidur itu datang gambaran yang menakutkannya, iaitu peristiwa pasir jerlus di sungai. Dia nyaris-nyaris mati lemas kalau tidak mendapat pertolongan Abang Fauzi. Dia bersyukur kepada Allah dan berterima fkasih kepada Abang Fauzi.

Dalam perjalanan itu mereka berhenti di Bukit Tinggi untuk berehat. Banyak gerai makan di situ. Udara begitu nyaman dan menyegarkan. Di hadapan gerai di seberang jalan terdapat aliran air dari bukit seolah- olah air terjun layaknya. Suasana ini amat menyenangkan.

Sungguh indah ciptaan Tuhan. Amat indah negaraku, bisiknya dalam hati. Mukmin merasakan negaranya amat indah. Subur dan damai. Tidak ada gempa bumi. Tidak ada gunung berapi. Tuhan memberikan kemakmuran pada negaraku bisiknya lagi.

Dalam perjalanan seterusnya Mukmin tidak mahu tidur. Dia teringat perkara-perkara yang telah berlaku dalam hidupnya. Semuanya terbayang-bayang bagaikan sebuah filem yang diputarkan babak demi babak. Peristiwa di lubuk Bemban itu kembali mendebarkan jiwanya.

Kemudian dia teringat bagaimana dia menyelamatkan kakaknya dari orang jahat. Nasib baik dia nampak kalau tidak entah apa yang akan berlaku. Selepas peristiwa itu hubungannya dengan kakaknya semakin erat.

Dia telah berjanji dengan kakaknya tidak akan memberitahu hal itu kepada ibu dan ayahnya. Janji itu masih dipegangnya hingga kini. Biarlah itu menjadi rahsia mereka berdua.

Akhirnya, setelah begitu letih berjalan, mereka sampai. Ibu dan ayahnya tidak ada di rumah. Mereka belum balik dari bekerja. Zainul amat gembira menyambut kepulangan mereka. Dia segera makan buah- buahan dan kuih kiriman Pak Ngah mereka.

Hidayah dan Hamdan segera mandi dan bertukar pakaian. Mukmin tidak begitu. Dia duduk di tangga menunggu kepulangan ibunya. Ibu dan ayahnya belum pulang juga. Abangnya Mustafa juga belum pulang.

Mukmin jemu menunggu lalu mandi dan menukar pakaian. Kemudian kembali menunggu ibu dan ayahnya. Senja telah tiba. Ketika itu abangnya Mustafa balik.

"Wah! Min dah balik ya, seronok di sana?" tegur abangnya gembira.

"Seronok bang."

"Apa khabar orang di sana?"

"Semuanya baik-baik, bang. Mereka semua kirim salam."

Waalaikummussalam."

"Mana ayah dan mak?" soal Mukmin lagi.

"Abang pun tak tahu. Mari masuk dulu, waktu Maghrib dah sampai."

Mereka masuk ke rumah. Kemudian mereka bersembahyang. Mustaffa menjadi imam. Sesudah sembahyang ibu dan ayah mereka belum juga pulang. Mukmin begitu resah menunggu. Ke mana perginya mereka? Soalnya dalam hati.

"Mira, kenapa lambat sangat mak dan ayah ni balik? Selalu tak lambat macam ini," tanya Mustafa.

"Entahlah, bang. Tak ada pula mak pesan apa-apa tadi," kata Mira. Dia juga turut resah. Mereka terus menunggu.

"Ha ... tu bunyi motor ayah," Hamdan bersuara. Mukmin meluru ke depan. Dia kecewa, itu bukan motosikal ayahnya. Itu motosikal jirannya yang baru.

"Pak Tam nampak ayah dan mak saya tak?" tanya Mukmin.

"Mereka belum balik lagi ke?"

"Belum."

"Mungkin mereka singgah di mana-mana tak? Tunggulah."

"Baik, Pak Tam. Terima kasih," Mukmin masuk balik ke dalam. Mereka terus resah. Terus menanti. Tentu ada sesuatu hal yang berlaku, fikir Mukmin. Apakah agaknya yang berlaku?

Tidak lama kemudian, tiba-tiba mereka terdengar orang memberi salam. Suara yang tidak asing lagi bagi mereka.

Mereka adik-beradik meluru ke pintu.

"Ayah, mak! Kenapa lambat?" tanya Mukmin.

"Eh, Min dah balik?" tanya ayahnya.

"Ya, ayah."

"Pimpin mak bawa naik ke rumah."

"Kenapa, ayah?" tanya MUstafa pula.

"Tak ada apa-apa, bawak mak naik dulu."

"Kenapa dengan mak, ayah? " Mustafa bertanya cemas.

"Tadi lmak jatuh di rumah Puan Zarina. Mak pening sikit," jawab Mak Sapiah.

"Apa? Mak jatuh? Dah tu macam mana?"

"Jangan bimbang. Mak tak apa-apa. Puan Zarina dah bawak mak jumpa doktor tadi. Katanya mak ada darah tinggi sedikit-sedikit."

Mereka duduk di ruang tamu. Pak Hamid dan Mak Sapiah sudah bersembahyang Maghrib di rumahPuan Zarina tadi.

"Betulkah mak, mak dah baik?" tanya amira pula sambil memegang badan emaknya.

"Betul, Ainul mana Mira?"

"Dah tidur mak, keletihan menunggu mak."

"Mak lambat balik tadi kerana Puan Zarina suruh tusnggu ayah kau jemput. Dia tak benarkan mak pulang sendirian."

"Pak Ngah dan Mak Ngah sekeluarga kirim salam pada mak," kata Mukmin pula.

"Waalaikummussalam."

"Seronok Min di sana?"

"Seronok, mak. Tapi Min nak beritahu mak dan ayah. Min nyaris mati lemas. Abang Fauzi selamatkan," kata Mukmin terharu.

"Syukurlah kau selamat. Cuba ceritakan bagaimana terjadinya," kata Pak Hamid.

Mukmin pun menceritakan semua kisahnya menangkap ikan di sungai itu. Sekali-sekala Mak Sapiah menyampuk bertanfya dan Mukmin menerangkan.

"Min, tahu," kata Mukmin lagi. `Min banyak bersalah pada ayah dan mak. Sebab itulah ditimpa bala. Maafkan semua kesalahan Min mak, ayah!"

"Syukurlah, Min! Kau insaf," balas Pak Hamid.

"Jangan buat jahat lagi, Min," kata Mak Sapiah pula.

"Mak, ayah," kata Mustafa pula." Saya juga nak mengadu. Tapi perkara gembira." "Ha, apa pula tu?"

"Mus dah dapat tawaran masuk ke Universiti Utara Malaysia. Awal bulan depan Mus pergilah."

"Apa Mus? Benarkah apa yang ayah dengar ni?"

"Benar, ayah."

"Syukurlah, Mus! Doa kita dimakbulkan Tuhan." Mak Sapiah menyapu air matanya.

"Dengar ni, kejayaan abang kau ni hendaklah jadi pendorong pada kamu semua. Kalau berusaha kita akan berjaya. Syukurlah, Min pun dah insaf. Belajarlah bersungguh-sungguh. Kita cuba ubah nasib kita. Ayah pun ada berita baik untuk semua," kata Pa Hamid pula.

"Apa pulak bang? Tak beritahu saya pun."

"Abang nak beritahu tadi, tapi terperanjat dengan keadaan kau yang sakit tu."

"Apa dia, ayah." Amira mencelah. Mereka ternganga-nganga menunggu.

"Ayah dapat tawaran rumah murah di Taman Pelangi. Tidak lama lagi kita akan pindah, Insya-Allah."

"Betul bang?"

"Ya, Sapiah," jawab Pak Hamid.

Mereka semua gembira. Tidak ada hari yang paling gembira buat mereka selain hari itu. Dengan penuh kesyukuran mereka beredar untuk makan.